SELAMAT DATANG GENG2 FOREX. BLOG INI MULA DILANCARKAN PADA 20 MEI 2013 DAN MASIH DALAM PROSES KEMASKINI. SELAMAT BELAYAR..
APA ITU FOREX?
PENGENALAN
Forex sebenarnya berasal dari perkataan FOReign EXchange. Maksudnya tukaran asing. Tukaran asing di sini bukanlah bermaksud menukar warga negara asing ataupun warganegara asing yang menukar wang.
Ada macam-macam lagi perkataan lain yang membawa maksud forex. Contohnya 'Spot Market', FX dan sebagainyalah yang korang akan jumpa di post2 yang akan datang. Tapi rata-rata rakyat Malaysia (atau warga asing yang menetap di Malaysia) akan sebut sebagai Forex atau FX sahaja. senang kan?
Tukaran asing ni terjadi apabila anda membeli satu jenis matawang, dengan menjual matawang yang lain. Susah nak faham. Senangnya korang nak faham, bila korang tukar Ringgit ke matawang lain, contohnya USD ke, maka maksudnya korang beli USD dan jual Ringgit. Faham tak ni? Nak lukis ke? tak payah la ye..
Macam mana pulak Forex ni boleh buat untung? haaaa... sama macam korang beli ayam la. Ayam tu korang beli kat kedai Pak Ali RM5 sekilo. Lepas tu korang jual ayam tu semula kat Pak Ali (sbb Pak Ali terlupa ayam tu nak di bagi kat bini dia). Korang jual pada harga RM5.50 sekilo.. Padan muka Pak Ali.. so korang dah untung RM0.50 kan? Itu kalau sekilo. Buat nya korang dah jual 10 kilo?? Korang kira la sendiri.
Bezanya dengan forex ni, bukan korang senang2 nak turunkan atau nak naikkan harga matawang tu macam korang naikkan harga ayam. Turun naik nilai matawang ni, ditentukan oleh pasaran dan beberapa factor lain. Nanti kita belajar yang tu.
Dalam situasi matawang pulak, contoh paling senang, hari ni korang beli USD 1.00 dengan harga RM3.20. Esok tup..tup.. dapat berita, USD 1.00 dah mencecah RM5.50 (fuyyooo).. Nah, dengan serta merta korang pergi money changer, korang bagi balik USD 1.00 yang korang beli semalam, dan serta merta korang dapat RM5.50. Pehhh.. untung RM2.30 tuuuu... itu kalau korang beli USD 1.00.. katalah semalam korang banyak duit, korang beli sampai USD 1000? Berapa untung korang? Nak lukis ke?? hehe..
OK, korang dah faham sikit2 pasal forex kan. Kejap lagi, baca bab seterusnya. Baru korang bertambah pandai.
Subscribe to:
Posts (Atom)
halo, Perkenalkan, Nama saya siti Saya adalah manager development dari ForexMart, Kami melihat website anda dan kami ingin mendiskusikan kerjasama kemitraan dengan Anda.
ReplyDeleteBoleh saya minta kontaknya untuk menjelaskan lebih lanjut atau anda bisa langsung menghubungi saya ke kontak saya dibawah ini.
Sincerely
Siti
Business Development
ForexMart www.forexmart.com
siti@forexmart.com
Skype – siti_0623
WA - +62 821-1275-7858