Dalam bab asas carta ni, korang akan belajar serba sedikit tentang carta forex. Maksudnya graf forex la tu. dalam bab ni, bermulalah mata korang kena peka dengan gambar2 yang saya akan tunjukkan. Bukan ape, dengan adanya gambar2 ni, maka lebih mudah korang nak faham. Tak la pening sangat membayangkan bentuknya. Silap2 korang gi bayangkan benda lain, dah jadi ajaran sesat pulak.
Orait, 1st, korang kena tahu, carta dalam platform/metatrader korang tu. ade beberapa bentuk carta. Ada yang line saja, ada yang macam lidi, ada jugak yang macam lilin bentuknya.
Penting untuk korang tahu bentuk carta dan macam mana nak baca carta ni supaya korang dapat membezakan apa itu carta forex, dan ape pulak graf turun naik nadi orang kat hospital.. Tak semestinya carta ni kita guna dalam forex aje, dalam pasaran saham pon orang guna carta macam ni jugak. Kalau korang nak guna untuk rekod akaun buku bank korang pun boleh.
Ok, Jom kita Zoom Innnnnnnn!
1) CARTA BAR
Carta bar, bentuk dia macam kat bawah ni. Jenggg x3...
Macam mana nak baca ni? Macam ni, kita tengok graf yang berwarna biru dulu. Jika ada antara korang yang tak kenal warna atau buta warna, graf yang di sebelah kiri tu adalah biru. Haa.. yang tu la..
Ok, sebelum tu korang kena tahu, bahawa carta bar ni, mewakili satu timeframe tertentu. Mungkin 1 jam, mungkin 1 minit, atau mungkin 1 bulan. Tak kisah lah asalkan ia mewakili satu time frame. Kita bagi contoh kat sini, katalah timeframe 1 jam (jam 10.01 - 11.00 malam)
Pada jam 10.01 minit malam, nilai pair berada pada tahap 'open'. Dalam tempoh 1 jam tersebut, nilai pair telah beredar sehingga mencapai tahap paling tinggi di 'high', Kemudian dia turun balik hingga mencapai tahap 'low', lepas tu dia U-Turn balik ke atas sikit, hinggalah jam 11.00 malam, dia berada pada tahap 'close'.
Pada jam 11.01 minit malam pula, carta baru akan terbentuk (graf merah kat sebelah kanan korang). Dalam graf baru ni, harga open adalah di titik 'open' kemudian harga naik dan turun hingga mencecah paling tinggi di 'high' dan paling rendah di 'low' sebelum ia close di titik 'close'.
Begitulah seterusnyaaaaa...
Kalau korang perhatikan elok2, graf biru menunjukkan peningkatan harga sebab harga open lebih rendah dari harga close. Tetapi sebaliknya pada graf merah bila harga open lebih tinggi dari close.
Kalau dalam platform/metatrader korang, carta bar akan nampak macam kat bawah ni:
2. CANDLE STICK
Candle Stick dalam bahasa melayu maksudnya batang lilin. tapi nak senang kita akan sebut CS aje. Kalau korang rasa teringin nak bersusah payah menyebut candle stick atau batang lilin, dipersilakan..
Kenapa kita panggil batang lilin? dah tentulah sebab bentuk dia macam batang lilin. Kalau bentuk dia macam tiang letrik, dah tentu kita panggil tiang letrik kan.
Orait.. Sebelum kita belajar tentang CS ni, nak bagitahu sikit, bahawa CS ni adalah carta yang paling popular di kalangan trader forex. Kalau korang nak trading forex, saya galakkan korang gunakan CS sebagai carta utama.
Jadi CS ni korang kena bagi perhatian sikit lah. Banyak ilmu nak diperturunkan tentang CS ni. Nanti akan ada bab khas saya nak bincang tentang CS sahaja. Yang ni, kita belajar basic2 dulu k..
Are U ready for CS????
Jengggg3x
Ini lah bentuk CS.
CS dengan Bar, sebenarnya hampir sama, cuma bezanya CS mempunyai 'body'. Ia bukan kurus kering macam Bar.
Bahagian yang gemuk tu kita panggil body, manakala yang macam lidi tu kita panggil shadow atau bayang.
Cara baca CS lebih kurang sama dengan Bar juga, cuma dengan CS kita boleh lihat dengan lebih jelas lagi, lebih2 lagi bila kita settingkan warna2 yang menarik untuk body dan shadow. Bila kita dah setting warna macam yang kita nak, warna tersebut akan timbul sendiri mengikut turun naik harga.
Contoh, kalau kita setting CS menaik dengan warna hijau (macam dalam gambar atas tu), maka bila graf tersebut menaik (harga semasa/close lebih tinggi dari harga open),graf tersebut akan automatic jadi warna hijau. Korang jangan bimbang sebab ia AUTOMATIK.
Kalau dalam platform, CS akan Nampak macam ni:
Faham tak ni? Kalau tak faham, Tanya orang sebelah... haha..




Hello,
ReplyDeleteMy name is Andrew, I represent Partnership Department of NewForex.
I would like to discuss cooperation with You, we can offer partners payments (IB \ revenue share) - up to 80% of spread ($15 per lot) and CPA for attracted active traders.
Our advantages:
- Fast commission withdrawals, great choice of payment systems;
- Opportunity to control the statistics of transfers through your link, the number of referals, see deposited fees online;
- A wide range of advertizing material from NewForex;
- Fast and convenient payment systems for the withdrawal of partner’s fees;
- Support and individual approach to every partner.
For the clients attraction You can also use the information about our bonuses.
If you are not interested, just tell me why. Any feedback from you is important to me to serve you better in the future.
To discuss cooperation with licensed brokerage NewForex please contact me:
mail: partnership@newforex.com
skype: partnership.newforex
site: www.newforex.com/about_us/partners
Kepada Yth Bapak/Ibu,
Perusahaan broker NewForex memperluas kerjasama dan akan menawarkan kesempatan kepada anda untuk ikut serta dalam program afiliasi.
Program afiliasi referal ditargetkan kepada pemilik media berita online, majalah forex dan blog yang ingin situsnya menghasilkan profit. Jika anda memiliki website terkait dengan operasi mata uang, aktivitas bisnis,investasi, maka Program Afiliasi kami adalah pilihan tepat untuk anda. Prinsip kerja kami cukup mudah dan tidak memerlukan investasi tambahan maupun tambahan waktu. Anda hanya mendaftar di website kami sebagai partner dan memilih sebuah link referal yang unik. Anda memposting sebuah artikel atau ulasan di website anda mengenai perusahaan kami yang dapat menarik minat pembaca. Sebagai tema anda bisa memilih, contohnya, program bonus atau promosi NewForex. Jika ingin, copywriter kami dapat menyiapkan berbagai materi yang diperlukan. Setiap pembaca yang tertarik dengan link anda menjadi referal. Sejak saat referal melakukan trading Forex anda akan menghasilkan profit untuk anda.
Harap dicatat bahwa kami tidak memiliki peraturan ketat kepada penulis, poin utama adalah artikel anda harus menarik bagi pembaca. Jika anda ingin menulis mengenai investasi, pasar Forex dan memperoleh pendapatan pasif yang baik, harap hubungi kami atau mendaftar sebagai partner sekarang juga.
Artikel yang mantap. Terima kasih atas perkongsian. Apabila sudah mengetahui asas, maka amat mudah untuk mencari pendekatan.. di https://www.cryptonforex.com/my/
ReplyDelete