Dalam dunia forex ni, ada beberapa istilah yang korang kena faham. Kalau korang gagal untuk memahami istilah2 ini, perkara terbaik yang korang harus lakukan adalah, pergi masak ayam kicap dan lupakanlah hasrat korang untuk trading forex.
Kat sini saya cuma akan tekan beberapa istilah yang penting sahaja. Istilah2 lain, kalau ada yang korang nak tahu, dipersilakan bertanya, atau korang gooooooogle la sendiri. Sekarang kan zaman IT.
Kat sini saya cuma akan tekan beberapa istilah yang penting sahaja. Istilah2 lain, kalau ada yang korang nak tahu, dipersilakan bertanya, atau korang gooooooogle la sendiri. Sekarang kan zaman IT.
Jom kita Zoom In istilah2 yang saya maksudkan.
1) PAIR (currency pair/pasangan matawang)
Pair yang saya maksudkan kat sini, bukanlah buah yang korang selalu makan tu. Pair bermaksud, pasangan matawang yang korang trade. Macam dalam contoh yang sebelum ni, Ringgit (MYR) dengan Dolar US (USD) kan. So pair ni disebut sbg USD/MYR. Tapi korang memang akan susah nak jumpa pair ni kat dalam forex trading. Sebab ape? sebab tak ade.. hehe.. dalam forex kita cuma akan trade matawang yang kuat saja. MYR ni mungkin belum kuat lagi kot. Atau dah ada broker2 yang dah open pair ni dalam trading? yang tu saya belum pasti.
Pair ni ada dua jenis. MAJOR dan MINOR. Takkan nak cerita jugak major minor ni ape. Bagi contoh terus aje lah kan. Lagi senang.
Major
Ada beberapa pair yang paling aktif di trade oleh trader2 forex. Pair yang aktif ni la yang kita panggil Major Pair. Ada kitab lain yang menyebut bahawa Major Pair adalah pair yang melibatkan matawang USD. Sebenarnya tak kisah pun apa maksud pair ni. Yang penting, korang tahu, PAIR adalah pasangan matawang yg di niagakan dalam Forex. Jangan nanti bila orang Tanya korang trade pair ape, korang jawab, korang tak suka buah pair.
Ni antara contoh Major currency pair yang ada dalam forex sekarang. ini sebahagian aje. Korang nak tahu lebih banyak, buka sendiri platform korang, korang cari la sendiri.
cth Major currency pair : EUR/USD (EU), GBP/USD (GU), USD/CHF, USD/JPY.
- EUR = Euro
- USD = Dolar US
- GBP = Great Britain Pound
- CHF = Swiss Francs
- JPY = Japanese Yen
Minor
Minor currency pair pulak, merupakan pair2 yang tak berapa glamour sangat lah. Tapi ada juga irang trade.
Contoh Minor currency pair : AUD/USD, USD/SGD, USD/CNY
- AUD = Australian Dollar
- SGD = Singapore Dollar
- CNY = China Yuan (ada jugak broker yang pakai RMB utk matawang Yuan ni)
Cross Currency
Cross currency ni maksudnya pair2 yang tak libatkan USD. cthnya EUR/JPY, GBP/JPY, dan sebagainya..
faham tak ni? nak lukis ke?? hehe..
2. PIP(s)
Pips ni, dalam bahasa mudah dan senangnya, kita panggil 'point' atau 'mata'. Pips ini lah yang menentukan untung rugi korang. Sebab modal korang akan turun naik mengikut jumlah pips yang korang dapat. Kalau banyak pips yang korang untung, banyak jugak la $$$ korang dapat. Macam tu jugak dengan rugi. Kalau makin banyak pips korang yang melawan arus market, (market turun tapi korang BUY), maka banyak jugak la $$$ korang yang hilang. Silap2 telan habis semua modal korang tu. Bila $$$ korang habis ditelan (keadaan ni namanya Margin Call), perkara terbaik yang korang patut buat adalah, senyum sorang2 dan katakan "Yahoo! habis jugak duit aku!"
Nak kira pips ni senang aje. Katakanlah korang tengah trade pair USD/JPY. Masa korang entri trade tadi, nilainya adalah 100.10. Lepas beberapa ketika, nilai dah naik jadi 100.20. So dengan segala hormatnya ia telah bergerak sebanyak 10 pips (bukan 0.10)
Kalau korang entri dengan jumlah 1 lot ( USD1.00 untuk 1 pips) dan korang untung 10 pips, maknanya korang dah dapat USD10 dalam tangan. Macam tu jugak kalau rugi, USD10 akan ditolak dari akaun korang.
3. SPREAD
Korang pernah dengar bed spread? pernah? ok kalau pernah, korang kena tahu bahawa bedspread dan spread dalam forex ni langsung tak ada kena mengena. Haha..
Spread ni maksudnya, perbezaan antara harga 'Bid dan Ask'. Macam korang tukar duit kat money changer, nilai yang diorang bagi bukanlah exactly sama dengan harga yang Bank Negara letak kan? sebab itu la untung diorang. Dalam Forex ni, spread tu adalah untung bagi encik2 broker kita.
Contoh, USD/JPY,
SELL = 119.68
BUY = 119.70
Itu maksudnya kalau korang nak entri SELL, korang dapat SELL pada harga 119.68. Kalau nak BUY, korang dapat harga 119.70. Kat sini, Spread adalah 2 pips.
Jangan terkejut bila korang entri post nanti, profit korang pada mulanya adalah -2 pips. haha.. Faham tak.. nak lukis ke??
4. BUY/LONG
BUY (atau ada orang panggil LONG - saya suka panggil BUY) bermaksud korang membuat entri/open trade korang dengan posisi BUY. Iaitu, semakin graf naik, semakin korang untung. BUY ni tak pelik sangat sebab sama dengan saham aje..
5. SELL/SHORT
SELL ni maksudnya jual. TAPI awas! bukan bermaksud korang dah untung dalam trade BUY tadi, korang nak tutup trade korang dengan tekan button SELL. ITU SALAH!
BUY dan SELL adalah urusniaga yang berbeza. Bila BUY, cara untuk tutup trade adalah dengan 'Exit' atau 'Close'. Bukan Sell.
Bila korang tekan butang SELL, maksudnya korang dah membuka satu lagi trade. Dah jadi dua trade dalam satu masa.
Mesti korang yang masih dungu dengan forex blur lagi kan. Apesal plak ada trade SELL? bukan ke SELL ni utk jual balik currency yang kita BUY tadi? jawapannya tentu sekali BUKAN!
Dalam forex, ada dua jenis entry/post/open iaitu BUY dan SELL. Macam yang dah cakap kat atas tadi BUY adalah entri sewaktu graf menaik. Semakin naik graf, semakin korang untung.
SELL pulak, entri yang dibuat bila graf tu semakin menurun. Semakin turun graf, semakin korang untung. Percayalah walaupun korang masih blur.. itulah bezanya forex dengan saham.. Dengan forex, korang boleh buat untung walaupun graf sedang menurun. Kenapa? Nantilah.. bila korang dah expert sikit, korang akan faham.. Namapun korang masih dungu. Jadi tak payah lah masuk bab yang memeningkan kepala tu.
6. ENTRY/OPEN
Entri tau Open ni, maksudnya korang memulakan trade korang. Tak kiralah posisi korang BUY atau SELL. tapi once korang dah masuk market, itu dah dikira Entri/Open. Lepas korang entry, korang tunggu lah trade korang tu. Tengok sama ada untung atau rugi.
Kalau korang Entry BUY, maka berdoalah semoga graf terus naik dan naik.
Kalau korang Entry SELL, pergi sembahyang, doa banyak2 semoga graf turun. Kalau terbalik, maknanya korang dah LOSS..
7. EXIT/CLOSE
Exit atau Close ni, maksudnya, bila dah sampai masa korang dah puas hati dengan profit korang, atau korang dah tak sanggup menanggung LOSS yang semakin banyak, maka korang perlu Exit market, atau Close Position. Caranya, kalau korang pakai Metatrader, ada button 'Close'. Bila dah tekan button tu, urusniaga korang akan dihentikan, akaun korang akan dikemaskini, sama ada baki korang bertambah atau berkurang. Selagi korang tak gatal tangan membuat entri yang seterusnya, maka baki korang tak ada siapa akan kacau, ia milik korang melainkan korang dah terlupa password metatrader korang.. hahahaha..
Kalau korang nak keluarkan duit baki korang pun boleh, tapi itu kita belajar nanti2 lah.. Bab last sekali.
8. MARGIN CALL
Margin Call adalah perkataan paling popular dalam dunia forex. Hampir semua orang yang pernah trading forex pernah merasa apa itu yang dikatakan Margin Call. Saya pun pernah banyak kali.. hahahaha
Margin Call ni maksudnya, bila korang dah LOSS terlalu banyak, sampai baki korang dah tak mencukupi, dan korang masih degil tidak mahu close kan trade korang tu, maka lampu merah dalam metatrader korang akan berkelip2 menandakan, kalau korang nak selamat, sila masukkan modal tambahan. Inilah Margin Call namanya.
Kalau sampai tahap maksimum Loss, dan korang pun dah tak ada duit nak cover, maka entri/trade korang akan di'close'kan secara automatic oleh broker, dan baki korang akan berada pada tahap paling minima. Sama ada korang tak boleh buka trade langsung, atau boleh, tapi dengan lot yang sangat kecil contohnya 1 sen utk 1 pip. Masa ni, banyakkan berzikir lah.. Mungkin masa trade korang lupa nak berzikir kan?.. heheheh jangan mare..
9. PROFIT & LOSS
Ini senang aje nak faham. Bila korang entri satu2 position, dan graf bergerak mengikut posisi yang korang entri, maka korang akan dapat profit positif.
Loss adalah sebaliknya. Contohnya korang entri BUY tapi graf turun, dan terus turun hingga berada di bawah garis anda entri tadi, maka dengan rasminya ada sedang Loss (profit negative).
Ubatnya, korang kena lah belajar teknik2 trade yang profit dari mana2 sifu. Atau kalau korang rajin, buat analisis sendiri, mudah-mudahan satu hari nanti korang boleh jadi sifu.
* Jangan Trade mengkhinzir buta! Jangan terus men'dungu'kan diri korang.
Faham tak ni? Nak lukis ke?? hehe..
adoi sakit perot baca n sakit hati baca post ko ni anyway tq sebab banyak info2 berguna utk hakak yg masih merangkak2 ni. Pasni jgn lupa ajar macamana nak trade guna smartpon ye. Ayat ko mmg brutal..haha
ReplyDeleteMaksud Margin Call
ReplyDeletehttp://lemangpanas90.blogspot.com/2015/07/maksud-margin-call.html
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesaya suka cara awak ngajar di sekolah forex...lucu dan gelihati...terbaik jadi cgu yang baik....objektif pengajaran tercapai..i give 5 star
ReplyDeletekalau "BE" ni ape plak
ReplyDeleteBE - Break Even...set SL bila dalam keadaan dah profit
DeleteTerima kasih atas perkongsian artikel yang hebat.
ReplyDeletedapat mendidik newbies mengenali pasaran kewangan 😊😊 ... salam dari https://www.cryptonforex.com 🤗🤗
Nk tanya.. Mcm mane nak tambah entry tu kena bukak satu lagi ke
ReplyDelete