expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
SELAMAT DATANG GENG2 FOREX. BLOG INI MULA DILANCARKAN PADA 20 MEI 2013 DAN MASIH DALAM PROSES KEMASKINI. SELAMAT BELAYAR..

REVERSAL CANDLE STICK PATTERN

Korang dah tahu asas Candle Stick? kalau belum, sila klik SINI untuk belajar.
Bagi korang yang dah ada asas CS, jom kita masuk bab seterusnya yang sangat penting dalam hidup korang sebagai trader forex, iaitu belajar sifat2 atau pattern2 CS. Pattern CS ni sebenarnya merupakan satu petanda naik turun harga pasaran. Kalau korang master dalam bidang membaca pattern CS ni, memang tak berapa nak susah untuk korang buat profit. Tapi ilmu2 lain juga perlu. jangan bergantung sepenuhnya pada CS pattern saja. Kalau di topup2 dengan ilmu lain, memang korang akan dapat result yang lebih mantop!
 Tujuan korang belajar CS pattern atau reversal pattern ni adalah untuk mengenal pasti tempat2 yang akan berlaku reversal pattern. Maksudnya, jika market trend sedang menaik, korang  akan dapat petanda trend seterusnya adalah nak menurun. Jadi korang jangan lah BUY lagi. Tunggu masa untuk SELL pulak lah. Kalau korang nak BUY lagi, boleh, tapi risiko loss itu tinggi sebab kemungkinan besar trend akan menurun selepas itu. Sila alert dan peka dengan perkataan 'KEMUNGKINAN BESAR' itu ye.. bukan 'PASTI'.

Sebenarnya nama2 patern ni korang tak perlu ingat. Cukuplah korang ingat bentuknya dan ingat petua2 nya. Saya pun tak suka mengingat nama pattern. Tapi saya akan ingat bentuknya sahaja.

 Orait tak payah cakap banyak2, jom kita zooooooom beberapa CS reversal pattern yang popular.

1) Hammer / Hanging Man (HH)


Kalau korang tengok bentuk dia pun, korang boleh tahu kenapa pattern ni disebut Hammer atau Hanging Man kan. Hammer tu, bagi yang tak berapa pandai bahasa London, maksudnya tukul. Hanging Man pula bermaksud orang tergantung (lebih kurang lah).

CS dipanggil Hanging Man bila ia berada di puncak trend menaik (bullish trend). Kalau trend sedang menurun (bearish trend), walaupun bentuknya sama macam gambar kat atas, kita panggil Hammer.

Bila munculnya CS yang berbentuk macam HH ni, yang mana body nya kecil dan lower shadow nya panjang, maka korang harus berhati2 kerana kemungkinan trend akan berubah. Bagi korang yang dah entry position, sebaiknya korang exit, dan bagi korang yang belum post entry, sebaiknya korang tunggu dulu sebelum korang entry tu.

Faham tak ni? Jom kita tengok contoh HH dalam situasi real (dalam platform).




Korang klik la gambar ni untuk Zoom in. Tengok gambar kecik macam ni berpinar mata kan..

Orait, dalam contoh dalam gambar kat atas ni (saya ambik dari google aje), dalam bulatan tu adalah HH (tolong abaikan lain2 indikator yang tak berkenaan). Korang lihatlah apa hasilnya selepas HH muncul. Tren dah berubah dari Bullish (naik) kepada Bearish (turun)/ atau sebaliknya. Bayangkan kalau tadi korang tak exit position korang, ataupun korang pergi entry kat situ. Tak ke haru.

Ingat petua ni:

Hanging Man = Naik --> Turun
Hammer = Turun --> Naik.

2) Inverted Hammer & Shooting Star

Inverted Hammer dan Shooting Star ni, bentuk nya macam kat bawah ni:



Kalau korang perasan, bentuknya macam Hammer n Hanging Man tapi terbalik di mana upper shadow pulak yang lebih panjang.

Inverted hammer, menunjukkan trend yang sedang menurun KEMUNGKINAN akan bertukar arah (jadi trend naik pulak).

Shooting Star pulak, memberikan tanda2 awal bahawa trend yang sedang menaik, akan ada kemungkinan untuk berbalik arah (turun).

Jadi, bila korang jumpa tanda2 ni, mintak korang hati-hati lah sikit. Bagi yang dah post entry tu, sebaiknya korang exit aje. Bagi yang belum entry lagi, sebaiknya korang tunggu dan lihat dulu trend seterusnya.

Inverted Hammer : Turun -> Naik
Shooting Star : Naik -> Turun

3) Engulfing


Engulfing ni pattern yang paling saya suka sebab hampir 86% signal adalah tepat. Bentuk engulfing macam dalam gambar di bawah ni.

Bullish Engulfing, maksudnya engulfing yang menunjukkan trend seterusnya adalah menaik. Manakala bearish engulfing pula maksudnya trend seterusnya akan turun.

Engulfing, bila dua CS berlainan trend duduk bersebelahan, dan body CS kedua adalah lebih besar berbanding CS pertama. Kebarangkalian trend seterusnya adalah mengikut trend CS kedua. kalau CS kedua uptrend, maka trend seterusnya adalah uptrend. begitu jugak sebaliknya.

faham ke?? huhu..

Sebenarnya ada banyak lagi CS reversal pattern yang ada dalam dunia forex ni. Rajin2kanlah diri korang menuntut ilmu tu dari mana2 website atau sifu. Nak belajar dengan saya pun boleh, tapi saya tak lah pandai sangat macam sifu2 terkenal tu.

1 comment:

  1. adakah cs signal ini sesuai digunakan di setiap timeframe? termasuk daily? terima kasih

    ReplyDelete